Sebenarnya Saya Isteri Dia - Datuk Dia Ke?

12:05 PTG JunAina 21 Comments


Senyum-senyum bila kenangkan peristiwa ini.


Masa tu Hikram berumur 2 tahun, mama masih bekerja di syarikat lama yang tidak meyediakan kemudahan perubatan buat keluarga. Suatu hari Hikram demam, demam panas. Pak Tuan pula masih bertugas di Maktab Polis Kuala Kubu Baharu. Setelah pemeriksaan di klinik kesihatan dibuat Hikram terpaksa di masukkan ke hospital kerana bronchitis, x-ray menunjukkan paru-paru Hikram dah separuh seperti berwarna agak gelap dah tak nampak kata doktor.


Masuk hospital kerajaan faham-faham jelah. Awal-awal lagi Pak Tuan dah berangin sebab dia terpandang seorang budak ni kena balut dalam treatment room dalam usaha depa nak inject budak tu. Ibu pulak kena tunggu kat luar of cozlah budak tu stresskan. Saya rasa kalau ibu dia dapat masuk mungkin sedikit sebanyak akan tenangkan budak tu. Sob... Mak dia menangis-nangis kat luaq. Lepas tu giliran mak Hikram pulak teriak nasib baik Pak Tuan tak ada masa tu kalau tak mau kecoh. Selesai lega rasa hati.


Tambah air dan ambik antibiotik. Berkampung le kat ward. Dua hari lepas tu tangan tepat tambah air bengkak jadi doktor lagi sekali terpaksa balut badan dia kemudian minta mak keluar. Bergelutlah sampai hilang suara anak, kebetulan Pak Tuan ada. Naik merah muka dia, tahan marah terus dia keluar. TAk tau berapa kali cuba last-last dapat kat kaki. Kesian anak mak. Lepas tu depa tukar antibiotik dan mungkin tak sesuai badan Hikram naik macam ruam merah dan asyik nangis sebab tak selesa mungkin.


Esoknya Doktor Pakar melawat tetapi saya lupa pulak apa namanya, doktor perempuan berbangsa Cina serta rombongannyalah. Terus Pak Tuan sound katanya nak buat ujikaji ke apa pada anak dia coz penuh ruam-ruam merah, suka-suka tukar antibiotik. Sebelum tu in house doktor dah kena sound jugak. Doktor Pakar tu angin jugaklah jadi dia sound balik (lupa pulak ayat dia).


Habis melawat dan Pak Tuan balik datanglah Matron kat katil Hikram.
"Siapa tadi tu, datuk dia ke?"
"Bukan datuk tapi BAPAK dia"
Terkulat-kulat matron tu sambil senyum malu dan blah dari katil.
Ya masa tu saya baru 29 tahun kot.
Hahhaaaaa...rupanya depa dok ingat hat dok ulang tiap-tiap hari mai tengok Hikram kat hospital datuk dia. Adoi la...


Tapi akhirnya Pak Tuan minta maaf jugak dengan Doktor Pakar tu masa dia jumpa kat kantin. Doktor tu kata dia faham sebab sebagai ibu bapa memang kita nakkan yang terbaik buat anak-anak. Profesional gitu.


Lain-lain kisah 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' boleh baca kat sini, sini, sini dan sini.






You Might Also Like

21 ulasan:

  1. hahaha.. yang penting bahagia :)

    BalasPadam
  2. seronok ye aina...org ckp pak tuan tu datuk kat hikram...
    sib baik pak tuan cool jer kann...

    BalasPadam
  3. Ha....ha....sadis sungguh...ada ke datuk.....adoii laaaaaa

    BalasPadam
  4. kiut lah. ske baca citer akak ni (^^,)v

    BalasPadam
  5. semua citer psl pak tuan ng kak jun kita baca.. hihi

    BalasPadam
  6. Iye laa sapa tak sakit hati kalau anak dicucuk2 gitu.. kan.. cam nak buat ujikaji plak.. kesian laa kat budak..

    BalasPadam
  7. betoi dah tu kak. hospital kerajaan tara tu dah la.. xpernah bagi layanan yang memuaskan

    BalasPadam
  8. Pak Tuan marah marah masa tu ada pistol tak terselit kat pinggang? Ekekekekeke

    BalasPadam
  9. apapun dh jodoh terbaik buat kita kan !

    BalasPadam
  10. X pe la kak...yg pnting bahagia...:-)

    BalasPadam
  11. saya baca balik semua n3 akak yg akak bg link tu...kelakar pun ada...ekekek...

    tapi sori nak tanya, berapa jarak umur akak dengan cik abang?

    BalasPadam
  12. hihi..kelakar je kisah ni..nasib baik cool je

    BalasPadam
  13. hihi..JunAina, seronok ummi baca cerita Jun ni, dalam kesusahan ada juga kenangan yang boleh buat kita tersenyum kan, moga terus berbahagia dengan Pak Tuan..

    BalasPadam
  14. errrr...bila tenguk Pak Tuan Aina akak teringat si dia akak tu lebih kurang sebaya kot hehehe

    BalasPadam
  15. siri ke 5 dah? susun tau kak. buat satu arkib. boleh ulang baca kesweetan dan kekelakaran korang. haha

    BalasPadam
  16. paham perasaan k.jun masa anak kecil diberi treatment tanpa kita di sisi...air mata tak putus2...bagi doctor dan nurse2 mungkin diorg dah alah bisa tegal biasa...mcm pelik tengok kita menangis beria-ria..:D

    BalasPadam
  17. heehe....tak pe le datuk ke tok wan ke...janji kita bahagiakan JA....Meh le tempek gambar darling awak tu JA....teringinlah pulak Okje nak tengok!

    BalasPadam
  18. yang penting mintak maaf tu, sifat terpuji....

    BalasPadam
  19. makcik saya pun 2x5 dengan jun..memanjang orang ingat suami dia tu ayah dia. haha...merah padam muka pakcik saya. jangan ngorat sudah, katanya. hahaha

    BalasPadam