Rezekikah?

12:00 PTG JunAina 20 Comments


Mak telefon dari kampung semalam. Katanya nak minta pendapat. Pejabat MARA telefon. Berdebar kejap. Rasanya saya tak ada hutang dengan MARA walaupun saya memang anak MARA. Pelajaran saya di taja sepenuhnya oleh MARA.


Alkisahnya seorang pegawai MARA Perlis telefon mak saya sebagai penjaga Nur Fatihah Hayani. Minta datang ke pejabat MARA ambil e-pin untuk isi borang permohonan ke MRSM. Anak saya cuma dapat 4A 1B jadi sepatutnya tak mencapai kelayakan untuk memohon pun. Jadi bila cikgu kata peperiksaan untuk ke Sekolah Kawalan hanya untuk pelajar dengan 5A dan permohonan ke MRSM juga sama saya memang hanya terima seadanya.


Rezeki kakak mungkin. Mendapat tawaran atas kapasiti pernah mengikuti krusus-krusus anjuran MARA sebelum ini, juga mungkin sebab bersekolah di sekolah luar bandar. Tapi ini bukanlah jalan mudah buat kakak sebab masih perlu mengikuti tapisan seterusnya iaitu peperiksaan penilaian yang bakal di adakan pada awal Disember nanti seperti juga pemohon-pemohon lain.


Sekarang mak gigih isi borang, Pakcik Jat kat kampung gigih uruskan segala salinan sijil untuk dihantar bersama salinan borang tetapi sebelum itu semuanya tu kena serah kat mama untuk di hantar ke Ibu Pajabat MARA di Kuala Lumpur. Moga ada rezeki kakak. Insyaallah.



You Might Also Like

20 ulasan:

  1. insyaAllah..mudah-mudahan..ada rezeki tu kan.... :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...ada peluang tu kak...mudah mudahan dapat...bkn senang nak masuk MRSM skrng ni...sbb mkin ramai anak2 yg cerdik pandainya...

    BalasPadam
  3. rezeki la tuh kakak! perancangan Allah tu hanya Dia yang tahu. tahniah!! :D

    BalasPadam
  4. kakak tak tinggal sekali dgn kak jun ye?
    Doalah itu rezeki dia belajar kat sekolah asrama penuh...
    Bersaing dgn anak2 lain yg mmg minat belajar.
    Semoga lebih berjaya.

    BalasPadam
  5. Insha Allah!ada rezeki dapat...tahniah diucapkan utk kakak! :-)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, kalau dah rezeki kan, insyaAllah, moga Allah permudahkan. Sama2 kita mendoakan yang terbaik buat 'kakak'

    BalasPadam
  7. Capacity sekolah luar bandar dan felda biasa diutamakan Aina. Anak felda yg 2-3 A pun boleh memohon jgn tak tahu. Doa-doa moga anak dara Aina dpt penempatan di MRSM..

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkanNya urusan. Semoga ada rezeki kakak. Amiiiin

    BalasPadam
  9. Insyallah ada rezeki kakak tu .
    semoga kakak berjaya .amen.

    BalasPadam
  10. semoga kakak berjaya belajar di mrsm.

    jom tukar link dgn blog saya

    BalasPadam
  11. moga ada rezeki kakak.. amin..

    BalasPadam
  12. waaaaa mmg betui2 rezeki tuh....

    BalasPadam
  13. Kadang kadang itulah bagusnya sekolah luar bandar ni JA.... peluang terbuka luas...kalau ada rezeki baguslah!

    BalasPadam
  14. Semoga kakak (Nur Fatihah Hayani) berjaya exam tu nanti dan dapat belajar di MRSM..insyaAllah

    BalasPadam
  15. nephew saya dulu pun dapat 4A1B aje, so saya tak daftarkan dia MARA langsung. ada baik nya juga kak tak masuk MRSM. homesick giler dia masa awal² dulu. laa ni pun setiap minggu kena datang lawat, every fortnight balik kg. MRSM mana boleh macam tu kan?

    BalasPadam
  16. hope de peluang, beznye klo masuk mara, kemudahan lengkap
    moga de rezeki nnti

    BalasPadam
  17. Mudah mudahan ada la rezki utk si kakak....amin...

    BalasPadam
  18. Insya Allah, moga ada rezeki kakak utk masuk MRSM... amin!

    BalasPadam
  19. wah memang rezeki ni...semoga dapat menempatkan diri di mrsm nanti..in sha allah

    BalasPadam