Orang Lain Kahwin Kita Pulak Letih

12:31 PTG JunAina 26 Comments


Saya letih tengahari tak mampu rasa nak keluar pegi makan tengahari bagai, sebenarnya memang saya tak pernah makan tengahari pun. Semua tu alasan je. Letih saya ni sampaikan tak ada mood nak update blog. Banyak benda nak tulis tapi idea tu bagai tersekat, point ada tapi tak boleh berkembang langsung. Umpama karangan tak menjadi.


Memandu dari Kajang ke Perlis pada hari Sabtu kemudian sibuk di rumah kerana keesokannya kenduri. Mak sebab semua nak buat sendiri jadi banyak benda dok tertangguh katanya malam sikit-malam sikit nak buat. Haiyooohhhh... Malam tu ramai tetamu yang datang, nenek saudara yang uzur bersama tilamnya kat tengah rumah jadinya apa pun tak boleh nak buat. Nasib baik plan nak gayut-gayut riben depa dah buat siangnya tanpa menunggu saya balik. Barang-barang saya dah beli masa cuti bulan September yang lepas. Melompat saya bila tengok dah siap petang tu. Suka.



Hiasan lelangit rumah cara orang dulu-dulu kahwin, dalam keluarga kami sejak zaman bapa saudara kahwin benda ni wajib ada tetapi tidak lagi bagi zaman sekarang. Bila plan menjadi haruslah saya melompat bintang walaupun bukan saya yang buat. Cuma hiasan tengahnya tu sahaja tak dapat cari yang besar macam dulu-dulu tapi itu pun dah cukup puas hati. Sepupu-sepupu saya yang buat, budak-budak sekolah yang kreatif!


Malamnya lah nak gantung langsir sebab langsir tu jahit di Kajang, nak kemas bilik pengantin, nak rebus telur letak kat bunga pahar, nak siapkan hantaran dan banyak lagi naknya sehinggakan kami adik beradik perempuan tidur pukul 4.30 pagi. Lepas sejam setengah tidur bangun sambung untuk hari kendurinya pulak. Saya dua kali letih, letih memandu letih berjaga kat rumah.


Nantilah saya kongsi gambar-gambar kenduri sebabnya sekarang saya nak tidur. Mak pun dah taubat lain kali 2 hero lagi tak mau buat kenduri sama sehari. Letih kami nak main kejar-mengejar dah tu kawan-kawan datang pun tak sempat jumpa sebab dok urus pengantin di rumah sebelah perempuan sana. Pengantin perempuan pun muncung-muncung sebab kami bawak pelari balik awai sangat tak sempat jumpa kawan-kawan dia.




Kat sinilah majlis berlangsung. Tanah kelahiran saya. Nama kat papan itu adalah nama adik emak yang bungsu bersama suaminya. Semua tu dia buat sendiri tau, mekanik katanya tangan keras tapi dia ni mekanik yang kreatif! Depa berdua jugak merupakan orang penting dalam majlis ini kerana mak serahkan bab kenduri untuk depa uruskan. Terimakasih makcik dan pakcik.



Dapatlah melepas rindu pada kesayangan hamba ini. Budak kuat merajuk yang buat hati mama sentiasa tak terpujuk!



You Might Also Like

26 ulasan:

  1. Majlis kahwin itu sendiri, kalau tak di catering kan, mmg penat...inikan pula akak drive dari kajang ke Perlis!

    Mmg unik la hiasan lelangit tu...1st time saya tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah kampung tak ada siling bagai so apa yg ada jelah...

      Majlis memang gotong royong, bab masak memasak semua mak2 sedara take over masalahnya mak akak semua nak buat last minit jadi semua penat dok uruskan hal2 dalam rumah je pun.

      Padam
  2. hihi kerja kawen ni mmg memenatkan.. pernah laluinya mase abg kawen :D

    BalasPadam
  3. raja sehari mmg kena leklek je kak.. biar orang lain buat semua.. hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haihhh...abg akak tu memang rilek dari dia tunang sampai majlis kawen mengarah je kerjanya.

      Padam
  4. cantek lah baju Akak ngan anak dara akak tuh~
    nampak sweet sangat dedua~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tocey...tocey...heheheee...

      Semua last minit punya buruan, ingat tak nak bertema2 tapi takut mak kecik hati pulak.

      Padam
  5. Wah... sekapal kita ni rupanya... cantik nya baju anak yang sweet pink tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Temanya pink pilih punya pilih tak ada yg warna pink last2 ambik je mint green dgn bunga2 pink dan kenakan tudung pink untuk anak.

      Padam
  6. setuju.... Kita mmg letih sbb bukan kita raja sehari.... haha..... saya igt dulu kena basuh pinggan.... buat jer laaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan kerja kat rumah dah bahagi2 kan sesama mak saudara jadinya kami adik beradik uruskan yang dalam rumah je. Basuh membasuk, siang bagai gotong royong jiran2,

      Padam
  7. Lamanya x tgk jurai2 gitu kak.....skrng mna orng nak buat dah...!

    BalasPadam
  8. Walaupun letih, Kak Aina tetap cun! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mai dah nak masuk 40 pun...getah dah kering ahahahaa...

      Padam
  9. Susah nk jumpa dh hiasan mcm tu kann..rindunya nk buat kenduri ala2 kg mcm ni....

    BalasPadam
  10. cantik dress...dan cantiknya pemandangan gambar last tu

    BalasPadam
  11. betul kak jun..tobat sy bab2 kenduri kawin ni serius penat...tapi suka puas hati kan...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat2 puas hati masa nilah nak berjumpa saudara mara yang jarang jumpa.

      Padam
  12. tempat KA dulu2 pun sama juga pesen ini hiasan lelangit dalam rumah pengantin hehehe

    BalasPadam
  13. Rumah kg kekdahnya gotong royong kenduri.sama2 buat...seronok tp penat. Kalau sy jd akak dgn kenduri n drive kete sejauh itu lg...dah xbangun..pengsan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kegembiraan mengatasi segalanya, hilang letih pertama sebab dah 41 tahun umurnya baru nak kawen keduanya di kelilingi keluarga jadi penat tu hilang sendiri.

      Padam
  14. Uruskan sendiri majlis kenduri ni mmg penat, tapi puas hati kan.

    BalasPadam
  15. Akak pun sama naik serinya aih.. dgn anak dara mcm adik beradik jer..hehehe.. kalau ada kenduri kawen mmg penat akak.. farah pn pernah rasa masa majlis adik.. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembang kuncup kembang kuncup sat aihhhh...ahahhaa...

      Adik lelaki akak ada 2 org lagi to go...:)

      Padam
  16. kenduri memang penat event menggunakan khidmat catering....akak dgn anak akak 2-2 comel ber dress :)

    BalasPadam