Hasil Print Pixajoy

12:00 PTG JunAina 13 Comments





Gambar-gambar yang saya oder dari Pixajoy yang saya cerita kat sini dah sampai saya suka. Mula-mula masa ambik rasa macam ringan sangat dalam hati betul ke ni depa print gambar guna laminate paper tah-tah guna A4 biasa ja. Buka je bungkusan ada 4 kotak yang fungsi kotak itu boleh di ubah jadi frame gambar tapi lupa snaplah pulak bahagian belakang kotak tu.



Gambar tu di masukkan dalam kotak ikut pembelian kita, saya beli 24 keping 4 set jadinya dapatlah 4 kotak gambar. Kotak ini boleh jadikan frame gambar. Comel suka kotak ini.



Ini antara gambar-gambar yang saya cuci sebahagian dari 96 keping gambar. Kualiti bagus tapi kalau gambar yang kita upload tak bagus kualitinya bermakna end produk pun tak baguslah. Gambar dari compact kamera sahaja, jadilah. Print sebab mak saya nak, nanti boleh lah dia pilih-pilih gambar pergi Padang, Indonesia bulan April lalu.



Ini gambar-gambar yang saya sepahkan dari kotak. Semua gambar kenangan kami sekeluarga bercuti bersama. Baju turqoise tu Aina bersama Pak Tuan dan Hikram di Rumah Gadang, Bukit Tinggi, terasa macam jadi pengantin pulak...ahahhaaa...


Jom ramai-ramai kita cuba perkhidmatan Pixajoy, jaminan kualiti yang bagus. Barang sampai seperti yang di janjikan iaitu 3-4 hari dari tarikh gambar-gambar kita di hantar melalui on line. Gambar saya ini saya submit pada hari Jumaat dan sampai ke tangan saya pada hari Selasa. Jumaat dan Sabtu merupakan hari cuti bagi negeri Kedah jadinya perkhidmatan mereka cepat jugalah. Berbaloi sangat 25 sen sekeping. Jimat-jimat...




You Might Also Like

13 ulasan:

  1. betol2 cantik la kak june, kotak dia pon bukan main cute lagi ^_^

    BalasPadam
  2. Aritu nak cuba...tp sbb kemalasan nak pilih gmba punya psal....huhuhu....

    BalasPadam
  3. nampak menarik.. nak kena baca lebih detail nih.
    nak tau harga ok ke tak sebenarnye.. hehehehe

    BalasPadam
  4. seronok jugak dapat simpan gambar kenangan kan aina

    BalasPadam
  5. haah la kak. ayu pun dah order da. tgh tunggu sampai uma ni. xsabar2 dah.ehehe

    BalasPadam
  6. wah...macam nak cuba juga la..nak print gambar anak2 ^_^

    BalasPadam
  7. cantiknye....jemput ke blog saya...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Salam Jun,

    Gambar2 yang sangat bermakna dalam hidup kita elok dijagi betul2kan

    BalasPadam
  9. Bagus kalau gambar ni kita print dan ada hard copykan JA....senang nak tengok....

    BalasPadam
  10. nanti kak balik semua jengok entry ni, jun..
    nak study tentang pixajoy..
    gambar2 p makan angin tu masih dok dalam PC dan kamera!!

    BalasPadam
  11. Murah jugak yer harga utk sekeping gambar.. tp farah ada beribu2 keping tak tercuci.. nk kena pilih2 dulu.. huhuhu

    BalasPadam