Orang Nomad Kami Hampir Sama
Hampir tujuh tahun mencari rezeki di bawah bumbung syarikat ini. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Sepanjang 7 tahun yang membawa seribu makna di dalam hidup. Rezeki bekerja di sini saya mampu beli kereta sendiri dan mampu juga beli rumah teres dengan duit sendiri. Satu pencapaian yang sangat drastik di dalam kehidupan saya. Siapa sangka dulu berhujan-berpanas membawa anak-anak naik motor, sekarang saya mampu memandu kereta sendiri. Cuma rumah belum masanya untuk kami duduki, insyaallah satu hari masanya akan tiba juga sekarang saya cuma collect duit sewa setiap bulan.
Hero-hero saya sedang archive projek lama masa 'spring seson' 3 minggu lepas yang akan di bawa ke store simpanan dan akan di simpan sehingga expired mengikut project requirement. Lepas kemas-kemas segala dokumen kemas-kemas barang-barang sendiri pulak. Walaupun hanya pindah tingkat tapi memang banyak nak kena kemas.
Mula-mula bekerja pejabat utama terletak di Empire Tower ataupun sekarang telah diberi nafas baru menjadi Vista Tower, The Intermark (kalau tak boleh selalu dating dengan dak Jujie). Kemudian kami berpindah ke Sunway Tower sebab bangunan itu dalam renovation dan kata client tak selamat. Sebelum itu saya dah pindah dari Tingkat 14 ke Tingkat 18.
Di Sunway Tower saya duduk Tingkat 9, kemudian naik ke Tingkat 15 untuk projek task force. Habis projek di hantar ke Menara RKT untuk projek task force jugak (floor dah tak ada untuk di sewa di Sunway Tower untuk projek tersebut). Habis projek balik ke Tingkat 9 yang merupakan department floor. Puas tido dan tolong sana-sini di hantar semula ke Vista Tower Tingkat 14. Bila ramai yang dah balik ke Sunway Tower kami terpaksa pindah ke Tingkat 16 sebab kembalikan Tingkat 14 kepada tuan bangunan. Terakhir pindah semula ke Sunway Tower di Tingkat 13 dan minggu ini merupak minggu akhir kami bertapa kat sini. Isnin depan kami akan di pindahkan semula ke Tingkat 9. Berapa punya pindah daaaa...
Boring kot nak pindah Tingkat 9. Banyak mata memandang, banyak gossipping akan melanda dan banyak benda-benda yang saya tak suka. Saya juga menerima bos baru menggantikan Manager yang naik pangkat, kawan satu department juga tetapi sekarang dah jadi Manager. Harap dia akan jadi bos yang baik buat kami. Kawan-kawan yang ada pun kenalah hormat dia sebagai bos walaupun dah lama kenal, respect sikit la kan.
Masuk file dalam kotak lepas tu isi dua borang satu lekat satu lagi letak dalam kotak nanti ada yang datang collect untuk register. Tugas kami kemas dan borang sahaja. Nasib baik ada hero-hero ni, yang baju kotak-kotak tu sibuk je nak suruh ambik gambar dia jugak...ahahhaa...
Paling tak syiok sebab workstation saya tu umpama highway dok kat tengah-tengah. Nanti orang lalu lalang termasuk Advisor si Mat Saleh tu. Haihhhhh...tak boleh tidur-tidur lagi. Nak update blog dan blogwalking pun tak boleh sesuka hati macam dululah. Sobsss...
SA hadapi masalah yang sama masa mula2 pindah opis baru ni March lepas...tensi mak tau..
BalasPadamwahh.. banyaknya pindah randah kak.. paling tak best kan kalau duk tengah highway.. kurang privacy kata orang.. apa pun selamat berpindah..
BalasPadamalhamdulillah....berkat kerja dah nampak hasilnya...bangga kan ada kereta dan rumah sendiri
BalasPadammoga terus dimurahkan rezeki....
tu dia....berapa banyak pindah daaaaa...
BalasPadamsaya tak suka mengemas untuk berpindah randah ni
saya baru sekali je pindah bangunan..kalau pindah meja, banyak kali la hehe
letih menyusun tak hilang lagi dah kena pindah balik.. huhuhu..
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki yang berkat membuahkan hasil, seronok kan JunAina..bila duit gaji dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin.
BalasPadamhehehe begitulah selalunyer kan..
BalasPadamselamat bekerja dgn bos baru n environment baru
BalasPadamBab kemas mengemas nak pindah ni memang sgt memenatkan..dah suku mengemas rumah walaupun lom kompom kena pindah..penatnya Allah je yg tahu..Alhamdulillah tak jadi..lega...
BalasPadamkerja-kerja memindah barang ni memang seronok jika semua staff berganding bahu.
BalasPadamaina....kak terasa lak bila nampak kotak2 tu..waaa...rumah kak sekarang, nak lalu pun payah. penuh dengan kotak2
BalasPadamAina...saya suka bhg atas tu..syukur rezki Allah..jgn brhnti doa..bkan kah DIA maha penerima doa dan mengabulkan nya kalau kita betul2 mengharap ..
BalasPadamhehehe....... takpe nanti mat saleh tu cuti masa tu boleh curi update blog
BalasPadamAlhamdulillah...berkat sabat..usaha gigih dari titik peluh sendiri segala impian akan menjadi kenyataan...
BalasPadamPindah randah ni memang penat kan...
BalasPadamKami pun dengaqnya nak beralih ke open concept..
Akak..... Rindu.... Hehehe....
BalasPadamuiitttt.....nomadnyaa lahahaiiii....
BalasPadamkak june...harap boss tu ok...kikiki