Mendung Tapi Saya Harap Hati Saya Tak Mendung
Kat luar cuaca agak sejuk, mendung sepanjang jalan nak datang kerja dengan rintik-rintik hujan di satu dua tempat. Semangat nak pergi kerja untuk kelangsungan hidup tetap sebegitu, ahhh...kalau tak kerja apa pulak nak jadi dengan bebanan yang sedang ditanggung.
Hari ini juga keputusan peperiksaan UPSR 2013 akan diumumkan, pastinya ramai yang sudah maklum. Pukul 10am keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing juga ada disediakan khidmat sms tapi saya lebih suka bila dengar suara dia sendiri yang bagitahu keputusan itu nanti. Saya tidak dapat ada bersama dia untuk meraikan, apa juga keputusan yang dia dapat tetapi saya cukup puas hati bila semasa peperiksaan yang lalu saya dapat bercuti seminggu dan menemani dia di kampung serta memberi semangat. Saya tahu senyum setiap kali dia keluar dari dewan peperiksaan adalah senyum gembira bila mama dapat berada di samping dia.
Walau apa pun keputusannya hari ini, saya redha. Usaha dia setakat itu jadinya setakat itu jugalah rezeki dia. Doa seorang ibu tak pernah terhenti untuk anaknya, moga makbul. Kejayaan hari ini bukanlah kayu pengukur untuk masa hadapannya tetapi agak penting juga sebagai pembakar semangat hari-hari mendatang. Perjalanan dia masih jauh moga tidak akan tersasar.
Sms dia pagi ini.
'Berdebar tak keputusan nak keluar hari ini...:). Sapa pi sekolah ambik keputusan kakak? Ajak le abang dengan mak tok sekali (anak lelaki sulung saya berada di kampung dalam misi membawa balik anak perempuan saya bercuti ke Kajang, tuang sekolah).
Dia balas.
'Berdebar gila...mak tok dengan abang kot nak mai sekolah.
Ya saya gembira dengan cara tulisan dia walaupun berdebar saya dapat rasakan dia sangat gembira.
saya yang bukan mak bapak pun berdebar juga. good luck.
BalasPadamInsyaAllah apa2 pun kita doakan yg terbaik buat anak2 kita...mereka dah berusaha sebaik mgkin, so apa pun keputusan nya nti terima dgn redha..kan? :)
BalasPadamin sha Allah...kite doa yg terbaik utk adik...moga sukses dlm upsr kali nieh....lepas ni dah takde upsr kan kak....rase tak best plak.....
BalasPadamakak dah bekpes tak pagi nie...jgn kan risau same akak lupe nak bekpes plak heheeheh
In shaa allah yang terbaik untuk anak kak jun..:D
BalasPadamhaih~ macam mana lah time rara nt eh.nk amik result anak.hehehe
BalasPadamInsya Allah...Moga anak akak berjaya cemerlang...
BalasPadamEh...boleh saya tanya( kalau tak mau jawab pun takpa...saya faham...hihihi)....kenapa anak akak tinggal di kampung?
moga dapat result yg baik... jgn debar sngt kak...coollll....:)
BalasPadamSo macamana JA? Datang sini ucap Tahniah dulu! Tahniah Kakak...
BalasPadamharap2 anak kak dapat keputusan yg cemerlang ^_^
BalasPadamSemoga mendapat keputusan yang terbaik disisi Allah s.w.t.
BalasPadamAnak aina sklh kat kg ka.
BalasPadam