Lonely

12:55 PTG JunAina 21 Comments


Biasa ada dua hero kat rumah tak termasuk bapak hero sebab macam biasa bapak hero macam biskut chipsmore. Heroin pula dah lama saya cuba ajar diri supaya tidak sakit merindui dia. 2 tahun dah lali dengan ketiadaan dia si sisi.


Lepas kenduri di kampung 3hb November lalu, bila balik ke Kajang si abang tak ikut balik. Tugasnya bawa si kakak balik lepas keputusan peperiksaan UPSR nanti. Mak tok punya banyak acara tatkala bermulanya cuti sekolah nanti jadi tak dapat hendak mengiringi si kakak balik bercuti.


Saya kesunyian, keseorangan terasa seperti ada yang tidak cukup, ada yang tidak kena. Saban hari saya gelisah sehinggakan termimpi perkara-perkara buruk. Hati saya jadi tak tenteram. Bila tidur malam kala bapa hero tak ada kat rumah seolah-olah ketakutan ada dalam diri padahal si kecik ada je di sebelah. Entahlah. Mungkin si abang sudah besar mama lebih yakin dengan kehadiran dia.


Saya tak dapat hendak membayangkan keadaan wanita yang hidup sendiri. Tanpa suami, tanpa anak-anak menceriakan keadaan. Saya juga mula membayangkan bagaimana pula kisah hari tua saya bila anak-anak mula membina kehidupan sendiri.


You Might Also Like

21 ulasan:

  1. Memang terasa sangat lonely ketiadaan sang suami disisi.

    BalasPadam
  2. [Saya tak dapat hendak membayangkan keadaan wanita yang hidup sendiri. Tanpa suami, tanpa anak-anak menceriakan keadaan. Saya juga mula membayangkan bagaimana pula kisah hari tua saya bila anak-anak mula membina kehidupan sendiri.]

    assalam kak jun. PG belum ada rezeki punya anak lagi. inshaAllah, suatu hari nanti kan :) apa pun, semoga kak jun tidak akan berada di keadaan 'membayangkan' tanpa suami dan anak-anak tu tau. tak nak la. hopely, kak jun sentiasa ceria bersama mereka. sekarang dan di hari tua kak jun. tau! :)
    salam kenal kak jun. :D

    BalasPadam
  3. kitaran hidup kan.. saye pon tak boleh hidup tanpe suami.. kalau suami pergi kursus pon da mati kutu...

    BalasPadam
  4. akak cakap gini. teringat mak ayu.sejak abah takde. dia nampak sunyi. kadang2 mengadu xnyenyak tido malam sbb kerisauan.

    BalasPadam
  5. Aduhai...sy lak yg terasa2 kesunyiannya. Ramai anak, mungkin ok. Pun klu mrk dah dewasa n bawa haluan msg2, tetap rs sunyi. Inikan pulak klu anaknya 2,3 org je. Lagilah sunyi. Apatah lagi yg lgsg tak nak ade komitmen kononnya. Bila tua, sunyinya tahap mana ya? Ohhhh~ Tak terbayang sy kak. Haihlah....

    BalasPadam
  6. sekarang saya baca pon saya nak nangis...2 tahun tuh...yg 2 minggu pon tak terkawal rasanya...sobss

    BalasPadam
  7. Rsnya kalau tanpa suami tuh sehari dua boleh survive lagi..tp kalau tanpa anak, rs lumpuh separuh badan jugak kot..bersykurlah kita dikurniakan mrk tuk mewarnai hidup..:)

    BalasPadam
  8. Adoi kak...mlm ni sy lonely ngan anak2...asben p kursus di kl...anak 1st si kkk... P tdo umh makciknya... Sunyi umh....:-(

    BalasPadam
  9. betullah sis..bila suami outstation dee pun kadang2 rasa takut..mmg paksa anak buah tidur di rumah..jgn merayap..hehehe..

    BalasPadam
  10. nape buat entry camni... sedih nye.. terus teringat mak kat kampung... Mesti dia tengah lonely juga sejak ayah meninggal aritu... sob sob...

    BalasPadam
  11. baru nak cakap pasal kitaran hidup.. fifi dah komen. Dah ketentuan... sampai masa anak2 pon akan berumahtangga. Tinggal la mak & ayah je kat kampung. Tu pon kalau si mak dan si ayah tu masih ada.

    BalasPadam
  12. kak sanggup "lari" naik bas ke ipoh masa anak2 p camping ke melaka tempohari..heee
    tapi...sebelum depa ber2 ada, kak biasa sendiri bila cik abe out station atau berbulan di luar negara. 10 tahun jun, baru 2 abdul tu muncul. yg pelik, dalam tempoh 10 tahun tu boleh pulak duduk sorang2...

    BalasPadam
  13. alamak. .tu buat sy pk panjang bila kena hadir kursus jauh lama2.. jarang ditinggalkan dlm jangaka masa lama..sebolehnya sy mengelak tp sampai bila. huhu.

    BalasPadam
  14. semua org akan hadapi masa tu.. kalau tak kat dunia, kat kubur nnti duk sorang2 juagk.. :)

    anway, tajuk blog rider sejati.. ada ride superbike ke..? hehehe

    BalasPadam
  15. ada jugak anak nak temankan. sy bertemankan 4 ekor kucing je kt rmh bila hb keja outstation. rs sedih atau lonely atau rs seram dgn benda x nyata x sekuat rs risau klu2 ada penjenayah cuba pecah masuk rmh bila tido sorg2. :(

    BalasPadam
  16. sedihnye bila yg org kita selalu tengok, selalu ade di sini, tetibe xde..ke tmpt keje ke..ke sekolah ko..mmg sunyi teramat2
    yumida terhibur bila de kucing kat umah, boleh gelak sakan ngan diorg

    BalasPadam
  17. akak,
    saya pon tiada peneman..
    sentiasa takut di mana2..
    adeshhh~
    risau kan kalo ape2 jadi dan kita tatau nk minta tolong sape...

    BalasPadam
  18. Itulah anak ramai pun rasa sunyi bila takde sorang dua. Samalah dgn kami

    BalasPadam
  19. Esok keputusan UPSR. Saya doakan anak Aina dapat keputusan yg cemerlang.

    BalasPadam
  20. Betul JA..... mcm mak OKje kat kampung tu...saban waktu sorang sorang cuma malam mmg ada yg meneman bergilir.... gitulah kita tua nanti...sapalah yang nak meneman... Bersahabat dengan Al-Quraan lebih baik kot..

    BalasPadam