Masak dan Makan-Makan Lagi

4:53 PTG JunAina 8 Comments


Sembang-sembang masa late lunch dengan Pak Tuan, dia sangat kecewa dengan kerjanya sekarang sebab dapat bos yang tak reti hak hargai apa yang dia buat tentunya kesian pada isteri yang saban hari terpaksa menunggu sehingga 8.30pm baru dapat balik. Dah campak untuk task kat luar tanpa komputer serta tanpa kerusi sendiri lagi mau demand suruh buat paper work bagai. Sebab dah pernah kena sekali jadi Pak Tuan senyap ja bila kena hentam dalam mesyuarat. Katanya kalau lambung limau jangan lambung satu limau ja lambung sekali 2-3 bijik dengan kata lain kalau buat buat kerja tu kena pandai-pandailah buat multi task. Biasalah bos yang hanya pentingkan RM jadi siapa dapat bawak masuk RM itulah yang paling bagus, seperti biasa dia hidup bertuhankan duit bukan macam kita orang Islam.


Haihhh...melalut.  
'Yang ingat nak buat kek sebelum hari Sabtu ni untuk birthday kakak yang tak sempat nak buat apa-apa 1hb November hari tu, lagi pun kakak balik malam tu (jangan ada yang muntah hijau pulak denga panggilan tu)'.
'Elok lah tu, masak-masak sikit jemput jiran sebelah-menyebelah. Jemput budak-budak sekeliling'
'Ala kita sambut satu keluarga sudah la'
'Kakak kan dapat 4A1B UPSR dia, buatlah makan sikit-sikit'


Hahhhhh...tambah lagi satu kerja. Tak apalah kenduri kecil-kecilan tanda kesyukuran atas kejayaan kakak. Masak pun mungkin biasa-biasa sahaja tak ada yang istimewa. Paling penting tetamu yang hadir dapat makan dengan sempurna dan balik dengan senyuman. Mak dah mula mencongak-congak nak masak apa. Juga mula mencongak keletihan yang bakal berganda



You Might Also Like

8 ulasan:

  1. nama pun bos, mmg tahu bagi arahan je..buat sendiri tak tau.

    BalasPadam
  2. Untungnya nak buat makan-makan. :) Setiap kali kejayaan kami adik-beradik dalam peperiksaan UPSR, PMR mahupun SPM, umi dan abah tak pernah lupa buat pulut kuning. Kemudian, bagi kepada jiran-jiran. :)

    BalasPadam
  3. elok jg tu sis buat makan2 untuk meraikan kakak dpt result UPSR.. at least dia happy..
    masak sedap2 tau sis nnt up kt blog, boleh lah saya telan ailiyo hehe

    BalasPadam
  4. Kesian kat cik abang awak.. tu lah kann kekadang tu payah gak kerja dgn org yg cam tu. tapi tu lahh ...

    BalasPadam
  5. Tahniah kakak :D
    Kenduri kecilan merasa sikit sorang tumpang gembira kan, penat mak belakang kira hehehe.

    BalasPadam
  6. Tahniah kakak. Dah besar anak aina ye. X pe la buat makan makan pun. Buat yg simple dah. Asalkan buat.

    Ermmm sedapnya makan makan

    BalasPadam
  7. tahniah buat dak Kakak.. moga terus berjaya dengan cemerlang lagi.. ;)

    letih usah cakaplah bila kita buat makan2.. saya pun dah lama tak buat makan2..

    BalasPadam