Keptutusan UPSR Kakak - Sipi-Sipi
Faham tak maksud sipi-sipi? Ala lebih kurang macam sikit je lagi nak kena dah le tu.
Alhamdulillah walapun kecundang satu matapelajaran. Tak dapat nak mengejar semua 'A' dalam semua matapelajaran, kecundang untuk matapelajaran Sains. Rezeki dia hanya 4A1B. Alhamdulillah. Walaupun rasa mesti lagi best kalau dia dapat 5A tapi itulah yang terbaik buat kakak atas usahanya mungkin kalau dia belajar lebih lagi akan dapat 'A' jugak Sains tu.
Sekolah kampung bila dapat keputusan yang begitu ya tentulah ramai yang tersenyum dan ucap tahniah. Bersekolah bukan serba kekurangan tetapi sedikit lebih tertutup pendedahan kepada dunia internet yang mana sumber mereka hanya terhad kepada buku teks, buku rujukan (ini pun berapa kerat yang mampu) dan selebihnya usaha gigih semua cikgu.
Alhamdulillah tahun ini Guru Besar SKCJ boleh tersenyum puas bila 4 daripada anak muridnya mendapat 5A dan 4 lagi mendapat 4A1B. Keputusan yang memang membanggakan berbanding tahun lepas yang hanya mencatatkan seorang yang mendapat 5A. Guru Besar baru dengan catatan rekod yang bagus. Dah tu hensem pulak tu...ahahhaa (kalau dia baca mau fengsan!)... Tahniah jugak buat guru-guru yang berusaha demi kejayaan anak murid dan demi mengangkat nama sekolah.
Tahniah buat anakanda NurFatihah Hayani. Insyaallah lebihlah berusaha di masa hadapan untuk kejayaaan dunia dan kejayaan akhirat tentunya. Abah? Masih mengharap salah seorang anaknya dapat masuk ke asrama penuh dan terusan mengharap salah seorang anaknya dapat menjadi doktor.
Dia memang susah nak diajak bergambar tak macam mak dia yang memang meroyan bila nampak kamera.
Tahniah Kakak. :)
BalasPadamTahniah Nurfatihah..
BalasPadamInsyallah kak...mna tau...sok fatihah dpt twaran kan...mohon je...
Alhamdulillah ..dah bagus sgt keputusan kakak tu
BalasPadamtahniah NurFatihah Hayani
semoga terus cemerlang di masa depan
jom like https://www.facebook.com/attyfircloset tq.
tahniah untuk anak akak.
BalasPadam4A tu dah cemerlang dah. Good :)
Tahniah untuk anak akak yea...4A pun dah kira baik dan hebat tu..
BalasPadamtahniah buat NurFatihah Hayani....
BalasPadammoga terus cemerlang lagi....
tahniah...form 1 thn depan belajar lg molek hah...
BalasPadamalhamdulillah...tahniah buat anak akak.....sejuk perut akak kan....moga terus berjaya dunia dan akhirat....
BalasPadamso camne kak...lepas ni cari sekolah asrama atau sekolah biase jek....
wahh tahniah kak.. 4A 1B.. saya pon dulu dapat banyak tu jugak .. hehehhee..
BalasPadamTahniah Aina dan kakak
BalasPadamTahniah buat kakak.
BalasPadamKalau sekolah luar bandar keputusan yang kakak dapat boleh masuk asrama penuh.
Entahlah Aina pun tak pasti mengenai permohonan ke asrama penuh ni samada kena buat sendiri ataupun cikgu yg buatkan. Almaklumlah anak duduk Perlis mak pula duduk Kajang. Harap2 masa isi borang hari tu cikgu isi untuk sekolah berasrama jugak.
PadamHari ini minta adik uruskan permohonan ke MRSM pulak. Moga2 adalah salah satu rezekinya nanti.
Ahamdulillah... tahniah kak.. Insya-Allah... moga terkabul cita-citanya..
BalasPadamTahniah Nur Fatihah Hayani!!! Untuk mak dia pulak, tahniah jugak!!! anak sy dulu serupa saja, sipi-sipi tp masa trial dpt full A... heheheh...
BalasPadamTahniah kakak.
BalasPadamTahniah sayang... moga terus cemerlang. UPSR sekadar pemula langkah utk menetap sekolah menengah.
BalasPadamtahniah:) baru nak bermula insyaAllah, future lagi cerah.
BalasPadamTahniah kerana berjaya dengan cemerlang. Terutama, untuk ibu dan ayahnya.
BalasPadamKalau nak jadi doktor tidak mesti dapat 5A dan SBP. Peluang masih terbuka
luas. Merancanglah dengan mereka yang lebih berpengalaman. Insya Allah.
tahniah :)
BalasPadambayak gak AAAA dapat.. cemerlang :)
tahniah....bagus dah keputusan dia tu..xpe..ada banyak lagi exam yang menanti..masa utk perbaiki apa yg kurangkan...jgn kecewa..ini bukan penamat :)
BalasPadamTAHNIAH KAKAK! x mengapa... nnt seko.men pulun habis2an ya... result UPSR bkn penamat..
BalasPadamTahniah, alhamdulillah.
BalasPadamTahniah, alhamdulillah.
BalasPadamTahniah. Takpalah 4A1B pun kira bagus juga. Mungkin nanti dia akan lebih berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan yang mendatang.
BalasPadamkakak fatihah..tahniah syg..
BalasPadamsy pun dulu skola kampung dpt 4 A tapi dah kira hebat da pd semua org. ihihi
kak. ada sy update kt blog psl drjh khas..
BalasPadamtahniah...semoga usaha dilipat gandakan untuk mencapai cita-cita ^_^
BalasPadamtahniah fatihah.. semoga terus maju.. ini baru langkah pertama.. :D
BalasPadamok dah tu.tahniah kakak! hehehe bangga aunty
BalasPadamalhamdulillah..syukur atas keputusan upsr kakak tu ye..
BalasPadamTahniah NurFatihah...
BalasPadamIni baru langkah permulaan....Teruskan usaha..
Uncle dulu pun hanya dapat 3A 1 B aja....hihihihi
tahniah utk anak akak dan untuk akak jugak....alhamdulillah :) didoakan moga dapat sambung di sekolah berasrama penuh ye
BalasPadambagus result dia kak
BalasPadamanak buah yumida dpt 3a 2b
Tahniah. Dah cukup membanggakan!
BalasPadamtahniah kakak...
BalasPadamTahniah. Skcj tu sekolah mana ek. Cam familiar jr.
BalasPadamtahniah tuk kakak yer..inshaallah kalau sekolah dikampung peluang tuk masuk sekolah asrama lebih tinggi..:)
BalasPadamtahniah kakak!!!
BalasPadamrasanya permohonan asrama penuh dah tutup dah..
sebelum result keluar lagi patutnya apply
cuba check kat web kementerian
Tahniah JA....terbayar rasanya bila mama teman masa pereksa tempoharikan....
BalasPadamini merupakan satu permulaan dalam menempuh sistem pendidikan negara....
BalasPadamTahniah buat NurFatihah. Itu satu pencapaian yg baik. Terimalah dgn rasa syukur.
BalasPadamPerjalanan kakak masih jauh. Semoga teruskan usaha dan mendapat kejayaan yg lebih cemerlang di masa akan datang.
Semoga menjadi anak yang pandai selalu dan rajin sekolah.
BalasPadam