Oh My English! Fire Drill

5:47 PTG JunAina 6 Comments


Depa nikan hari kita kalut la nak bermain api dan air, nak ajak manja-manja main kejar-kejar kat tangga. Berapa kali lah setahun nak test stamina kami semua ni turun tangga dengan gagahnya. Itulah kan building management ni aktif betoi, awai tahun dah buat akhir tahun pun buat lagi. Suka la depa ni.


Kesian abang-abang bomba berlari bekejaran nak selamatkan depa yang injured kat atas. Lepas tu mai lagi satu yang ada tangga tu bertabah le abang bomba tu dok dalam tu untuk selamatkan depa kat Tingkat 6. Berasap-asap dah kat parking tu, siap ada air lagi dok spray dari atas. Mangsa olok-olok tu mesti gayat gila nak panjat dari tebing dinding tu dan naik kat tangga abang bomba tu...ahahhaa...


Panas sebab tak ada angin sebabnya lagi orang dah ramai kan. Berpeluh tiak. Nasib baik minggu lepas dah turun Tingkat 9 tak adalah malam ni sampai kena spu minyak angin...ahahhaaa... Lepas habis demonstrasi bagai jom pekena teh tarik mamak. Dahaga kot turun dari Tingkat 9 dan tunggu kat tengah panas walaupun masih pagi.


Apapun terima kasih abam bomba yang sasa. Tanpa kalian siapalah kami, nasib-nasib tak boleh duduk dah bangunan tu sebab tak ada kelulusan bomba. Training ini bukan hanya untuk kebakaran sahaja juga untuk semua jenis kecemasan termasuk gempa bumi.


Gambar tak ada sebab kamera chap ayam saya memang tak boleh transfer gambar ke komputer pejabat, kamera pula dah sibuk-sibuk lupa pulak tapi ramai je dok syer kat FB saya yang dah berhabuk!



You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Kat uni saya ni sis, every month ada fire drilll… kalau time sejuk, mmg beku dulu nak tunggu training siap.. tapi nasib baik tingka5 jer yg paling tinggi pun :)

    BalasPadam
  2. Bagus buat evacuation drill, persediaan untuk masa kecemasan

    BalasPadam
  3. wow kak mcm best ja ada x abg bomba hensem kikiki :)

    BalasPadam
  4. hehehhe... saja nk meningkatkan stamina tuh

    BalasPadam
  5. ahhahahha haritu kat building opis sy ni buat, turun tangga dari tingkat atas sampai kebawah..sakit kaki hoiii.. dekat2 seminggu baru baik.. otot semua tegang hahahhaa...

    BalasPadam
  6. Femes ni aktiviti macam ni time keje dulu ...office okje tingkat 13...bayangkan je le tu ...boleh tercabut kaki tu haha

    BalasPadam