Persiapan Majlis Kahwin Abang Saya
Kisah perkahwinan abang saya pada 3hb November 2013, saya abadikan ia sebagai kenangan dalam blog ini walaupun agak terlewat perasaan malas nak edit gambar tu banyak sangat. Hari ini saya publish jugak akhirnya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada juga part yang macam juru-hara sikit. Biasalah ada perkara-perkara luar jangkaan dan sebab mak suka dok nak buat esoklah jadi terimalah habuannya. Saya sampai kampung jiran-jiran sudah mula ramai masa tu pukul 3.30 petang. Tengok jelah orang buat kerja, paling tak tahan bila mata semua tertumpu kat Pak Tuan almaklumlah sebab menantu ni jarang-jarang akan kelihatan di sana.
Inilah rupanya kaum wanita yang bertungkus lumus dok pesiang segala bawang, kentang, serai, cili dan sebagainya. Amalan gotong royong masih ada lagi sebelah kampung saya, cumanya mak saya tak masuk syarikat katanya (syarikat pinggan-magkuk dan uruskan kenduri), mak cuma minta tolong orang kampung.
Kawan-kawan adik Shahizat dan Syafiq sibuk dok uruskan pasang khemah kat depan rumah. Almaklumlah budak-budak buat kerja kalang-kabut sikit.
Pemandangan kawasan rumah dari jalan, rumah tu adalah rumah pusaka arwah nenek manakala rumah mak kat sebelah sini.
Best friend Alya masa kat kampung Si Merah, namanya Fatin Umairah tapi nama manjanya gitu. Kehulu-kehilir berdua umi dengan mama keluar pun tak nak ikut.
Antara menunya adalah gulai nangka bersama ikan talang atau dengan kata lain sebenarnya menu ini adalah kari ikan kering dicampur nangka tetapi kuahnya sedikit cair tidak pekat macam kari biasa tu. Ini gambar depa dok pesiang nagka lepas tu bungkus dalam plastik hitam dan ikat ketat-ketat supaya nangka tak masuk angin untuk masak esok.
Bila khemah di simpan secara tidak sempurna jadinya adalah kerja-kerja tambahan. Ada ke patut penuh tahi ayam kat khemah tu, pengurusan lemah betul. Geram. JKKK ni nak kena komplen nih....hehehehe... Nasib baik kat bengkel motor adik saya ada banyak kemudahan jadinya depa main tembak-tembak air jelah.
Baju hijau tu Mak Teh isterinya bapak saudara gigih masak Acar Ikan (Ikan Masak Cuka) dan sebelah tu best friend mak dan anak dia.
Adik mak Pak Njang dengan cucu dia, rupa si kecik tu sebijik adik Syafiq dan kami panggil Syafiq Junior. Tetamu malam kenduri dan kat tengah atas tilam tu tok saudara yang sedikit uzur almaklumlah dah 70 tahun lebih umurnya. Dah beberapa hari dia ada kat rumah.
Malamnya kami sibuk dalam rumah pulak, nak pasang langsir awal-awal mak kata malam sikit tapi bila malam ramai pulak tetamu yang datang jadinya semua terbengkalai. Jadi dah lewat malam baru dapat pasang langsir.
Malam tu jugak abang ipar uruskan sound system dan depa berkaraoke sakan, dia juga taja hadiah-hadiah yang berupa hamper dan mug. Saja bagi budak-budak yang berkerja keras kemas rumah, cat rumah, pasang khemah dan nak buat kerja esoknya hari kenduri happy sikitlah.
Tengah malamnya ikat telur kat bunga, nasib baik anak-anak dara ini banyak membantu. Sepupu saya semuanya anak adik bungsu mak, yang belakang tu anak sepupu saya.
Akhirnya mak yang semuanya nak buat sendiri, dah pukul 2/30 pagi masih dok kalut dengan hataran. Haihhhh... Saya memang letih sangat sebab paginya dah drive dari Kajang, balik rumah sibuk uruskan kenduri dan tugas-tugas yang masih pending. Akhirnya masuk bilik pukul 4.30am, dapatlah lelap dalam 2 jam. Pak Tuan dari pukul 12 am dah lelap (letihnya macam dia yang memandu!).
Penat tapi saya sangat berpuas hati bila dapat menggembirakan orang di sekeliling saya, bertambah kegembiraan apabila suami juga sanggup berkongsi masa-masa gembira bersama. Semua ini saya abadikan di blog agar suatu hari akan jadi tatapan bersejarah buat kami sekeluarga.
Seronoknya bila bergotong royong kan...meriah je tgk persediaan nya..;)
BalasPadamKat kg mmg ada lg gotong royong @ nama lainnya rewang. Mmg best.
BalasPadammoga jodoh abg awk berkekalan.. suka tgk mcm ni berkumpul ramai²...
BalasPadambetul tu sis.buat gotong royong lagi best, semua diy sendiri, sambil eratkan silaturrahim sesama saudara dan adik beradik.kami adik beradik pun semua majlis kawen gotong royong, takpernah guna katering pun.hatta pelamin buat sendiri walau tak se-gah tapi masing2 happy sb dpt jumpe dan sama2 susah senang gotong royong.insyaAllah sampai akhir masa akan diteruskan mcm tu. =)
BalasPadameemm.. mana pengantinnya kak.. dari hari tu saya dok tunggu.. hehehe.. ;)
BalasPadamsukanya bila ada kenduri kendara dpt bergotong royong dgn org kampung..semua nampak sepakat sangat.. :))
BalasPadamSeronok dapat tengok orang perlis bertungkus lumus menyiapkan kenduri....
BalasPadamMana pengantinnya?
SA suka kenduri ala2 kg gini...meriah kan...
BalasPadambestnya kalau ada gotong royong sebegini masa majlis kahwin.....
BalasPadamI was there for the kenduri he he.and.memang nmpak keakraban Aina adik beradik..
BalasPadamHello , I am Eve from Ochre Pictures. We are currently producing a documentary drama for Suria called Demi Cinta. Our show is about the preparation of Malay wedding. We are looking for some Malay traditional wedding photo for our show. It will be only 2-3 sec show time. We came across your blog and we are enjoying to read your topic. We would really appreciate if you can allow us to use your photos for our show. Your name/blogger title will be credited in our roller credits list.
BalasPadamThank you in advance for your help.
Best Regards,
Eve Koo