Kenduri Selepas 12 Tahun

9:13 PG JunAina 17 Comments



Majlis kecil-kecilan sahaja tiada lembu yang di tumbangkan cuma 60kg daging telah menjadi habuan. Kurma Daging dan Kentang, Gulai Nangka dan Ikan Kering, Acar Ikan (Masak Cuka Ikan), Jelatah (acar rampai timun dan nenas), Kerabu Taugeh, Magga dan Perut juga bubur kacang sebagai pencuci mulut. Kebanyakan menu dalam majlis ini adalah pemberian dan sedekah untuk di kendurikan oleh saudara-mara. Keluarga kami besar! Gambar makanan satu pun tak ada.


Mak dengan baju pink dia tapi sayang dalam saya sibuk sana-sini terlupa ambik gambar mak dengan pengantin. Tak apa mak dah cukup gembira bila dia dapat menantu dan bila ada orang nak jaga anak bujangnya. Mak tak ralat pun. Sebelah tu sepupu arwah mak su meninggal semasa Anisa berumur 2-3 tahun lepas tu nenek sebelah bapa dia besarkannya.



Pertama kali mak kahwinkan anak lelaki dah 3 anak perempuan dan perasaannya mesti tak sama.
Langkah-langkah akhir sebagai orang bujang lepas ini dah jadi suami orang.



Kaum keluarga serta orang kampung yang hadzir pada majlis perkahwinan angah. Lepak-lepak lepas makan sambil tunggu nak tengok pengantin. Meja tu bapa saudara saya buat sendiri ya, seorang kawan saya dari KL siap hendak tempah lagi.



Keluarga sebelah arwah bapa yang sudi datang, isteri Pak Teh iaitu Mak Teh Faridah (bertudung pink) anak dia Ifahana bertudung oren. Isteri Pakcik Don iaitu Makcik Faridah bertudung coklat dia antara yang paling rapat dengan kami dan mak. Tudung puti anak arwah Wa Ibrahim iaitu Fizah. Kami menyimpan cerita duka dari keluarga sebelah arwah abah tapi bukan denga depalah.



Baju biru Pakcik Don (Aziz) bersama Pak Tuan dan seorang anak buah Pak Tuan yang masih bertugas di Perlis. Lama dah depa tak jumpa jadi panjang sangat cerita depa. Masing-masing dok tenung name card Pak Tuan. Dak Alia tu mana meleser je kat abah kerjanya.



Kami hanya sediakan bunga telur buat tetamu juga hasil kerja sama saudara mara dan kawan mak. Kebiasaan keluarga mak bila ada kenduri setiap orang akan bagi bunga telur kini giliran mak pula terima. Goodies bag pula hanya di sediakan buat orang yang bergotong-royong dan adik beradik mak sahaja dengan isinya tasbih, cupcake (tajaan Cik Yati adik mak) dan bunga telur. Coklat pulak menjadi buah tangan untuk sebelah pengantin perempuan tapi semua tu tak ada gambarlah pulak.



Kakak yang sulung ataupun Yong bersama kawan-kawan sekerja. Dialah yang kami harapkan untuk tengokkan mak di kampung.



Kawan sekolah saya tapi sekarang kawan jugak dengan kakak saya, nama dia Sarina.


Ini antara orang kuat sebab depa nilah jadi pemberi bunga telur sepanjang majlis. Lega tengok dia nak pakai baju tu. Sebelah tu Natasya kiranya 2 pupu lah dengan kakak.



Pak Njang, Adik Ab (ini kiranya dah macam keluarga walaupun kawan adik je pun sehari mesti macam mana pun pergi rumah mak sekali tapi lebih mahu). Tudung biru Azreen mak Natasya dan tudung ungu juga sepupu Shazwani student UNIMAP.



Budak ini tengah gigih hadapi peperiksaan SPM dia. Anak menakan kesayangan jugaklah. Kaler block konon. Alkasihnya dia pakai skirt lycra pink terang sikit dari baju dia tetiba dalam dok sibuk nak pergi nikah dia terpelecok dalam lonkang langsung tukar pakai skirt warna ungu!



Dayang-dayang majlis....ahhahaa...



Ini semua orang kuat 'kedehoq' kekdahnya. Orang kuat dapurlah, tukang masak. Semua keluarga, mak-mak menakan dan pak-pak menakan. Kat baju merah tu depa dok kukus nasi tapi sayang tak ada gambar pulak. Terdengar bisik-bisik dari jemputan. "Baguih depa ni kenduri depa ja masak semua, bersatu hati betoi". Saya tentulah senyum sampai telinga, mak pon happy ja.



Pak Long dan 2nd wife dia, 1st wife tak balik sebab anak dok tunggu hari nak bersalin cuma dia kirimkan kuih. 3rd wife dia tah dok mana tetiba tak ada pulak gambar dia. Dah sebijik macam muka arwah tok ayah la pulak...Al-fatihah...


Pakcik E jadi tuan rumah jugaklah sambut tetamu lelaki. Dia dengan Makcik Uji jadi orang kuat untuk majlis mak. Terima kasih buat mereka berdua.



Akhir sekali dak kecik Alya dengan Umi dan Ayah. Adik ipar saya sampai pagi dan malamnya terpaksa balik semula sebab tak ada cuti, almaklumlah Deepavali bagi peluang untuk kawan-kawan yang raya bercuti.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. 60kg daging banyak jugak tu kak.. yang penting mempelai yang diraikan berbahagia sentiasa..

    BalasPadam
  2. awwww baju pink gittew~ hehehe tahniah~

    BalasPadam
  3. amboi.. meriah.. alhamdulillah dah selamat.
    tapi.. dlm byk2 gambar..cikda lama renung kat gambar pak long tu.. huhu

    BalasPadam
  4. seronok meriah tgk kak...sedara mare yg bergotong royong masak hah....walaupun kecil2an tapi meriah kak...seronok lieya tgk....skrang dah ramai amik katering kan kak...kampugn lieya so far masih lagi amalkan rewang2 nieh....sedare mare org kampung dtg masak same2....meriah betul....cume letih sikit laa tang berkecah2 tuh.....

    BalasPadam
  5. meriah nampak ngan anak branak tlg menolong..

    BalasPadam
  6. meriah kenduri kendara. memang biasanya time kenduri gini la baru dapat jumpa sedara mara kan? :)

    BalasPadam
  7. Salam Aina.

    Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar dan meriah daripada gambar2 yg saya lihat. Bajet sederhana bukan ukuran kemeriahan majlis.

    Syukur angah dah berkeluarga sekarang. Selamat pengantin baru kepada angah dan isterinya. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

    BalasPadam
  8. selamat pengantin baru buat pengantin...takde gambar pengantin perempuannya pulak ye...

    BalasPadam
  9. time kenduri juga dapat berhimpun ramai-ramai kan kak....seronok tgk keluarga besar akak

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Selamat pengantin baru buat abang Aina.

    BalasPadam
  11. As-salam aina..

    wah.. meriahnya majlis.. seronok tengok.. mmg nampak bersatu hati semuanya.. bagus betul.. Alhamdulillah..

    p/s membaca komen2 aina tentang krabi membuatkan saya berdoa agar aina dan keluarga juga direzekikan untuk ke sana nnt.. insyaAllah..

    BalasPadam
  12. msti seronok kan... yelah dh 12thn tak bt kenduri kwin... last lak tuh... msti meriah nyer mcm baru pertama kali bt majlis kawin... gitu lah seronoknyer kalu bt kenduri kawin kt kg kan kak... sumenyer gotong royong sama2... tak mcm kt bandar sume pakai katering

    BalasPadam
  13. cantiknya bunga telur tu....meriah sungguh.....

    BalasPadam
  14. Tunggu dengan sabar....baca sampai habis....sebab nak tengok kalau kalau ada gambar tuan blog kat bawah sekali tu ha....

    BalasPadam
  15. amboi ramai nya semua kaum kerabat kak jun la ni kan.. ^_^ kurma tu sedap tu rugi nya tak pi kenuri tu.. huhu

    BalasPadam
  16. Meriah btl yer.. tambah pulak masak ramai2 kan.. =D

    BalasPadam
  17. bestnya kenduri gotong royong akak....meriah

    BalasPadam