Berakhir Sudah Zama Bujangnya

10:09 PG JunAina 12 Comments



Hadiah terbesar yang pernah dia dapat sepanjang usianya dan baru seminggu menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 41. Jadi kami hadiakan dia sebuah majlis yang sederhana tapi meriah, hadiahkan dia seorang isteri! Doa agar perkahwinan mereka sehingga ke Jannah.



Rombongan pengantin lelaki sebelah kamilah tu dalam serba pink dan kemerah-merahan. Sampai lambat Imam dah sedia menunggu, patutnya pukul 11 tapi dah pukul 11.30am baru sampai. Bukan senang nak kumpulkan rombongan berbiji-biji kereta ini. Pengantin pula terkial-kial nak pakai sampin dan kami terlupa pakar pakai sampin ada, nasib baik Pak Tuan ada.


Jurunikah bersama saksi yang setia menunggu merangkap imam masjid, tunggu Pak Long sampai dulu sebelum mulakan majlis. Imam ni merupakan classmate arwah mak lang yang meninggal awal tahun lepas, kenalan Pak Long juga.


Semua kusyuk mendengar khutbah nikah yang di bacakan oleh jurunikah. Bangkit sungguh warna pink dan hijau tu.


Junikah memulakan majlis. Masa ini saya pula rasa berdebar-debar, sesekali saya cuit orang depan dengan amaran jangan nak berangan lah ye...ahahhaa...



Alhamdulillah...selamat. Hanya dengan sekali lafaz. Jurunikah pun tak banyak soal, tak tanya macam-macam cuma sebelum nikah di minta mengucap syahadah sahaja. Pengantin dah terlajak macam tu haruslah tahu sedikit sebanyak ilmu agama agaknya itulah yang dia fikir tapi imam ni memang sangat mudah bila nikahkan mana-mana pengantin pun. Baju Melayu pink sebelah Pak Long tu bapa pengantin perempuan.



Yeeeyyyy...my sister in law, akhirnya kami dapat ipaq perempuan!



Penyerahan duit mas kahwin. Jadi perkara lucu semasa imam tanya duit mas kahwin sebab adik ipar saya selamba keluarkan dari poket kira-kira kat situ sahaja, semua orang dalam majlis ketawa ja. Ai pun panik juga sebab tak terfikir pun bab duit mas kahwin ni. Terlepas pandang lagi! Mak saudara saya tepuk dahi. Alahaiii...kak oiii kenapalah tak masuk dalam bekas dan gubah cantik-cantik.



Majlis membantalkan air sembahyang, sebelum tu dah sarung cincin.




Tengio nakai sungguh angah dok acah-acah kakak ipaq macam tu. Mana ada rasa malu lagi bagi pengantin terlajak ni. Orang muda lainlah.



Hantaran kedua belah pihak. Simple sahaja gubahannya. Serba pink tu dari pihak perempuan dan biru tu dari pihak lelaki.



Kakak ipar dan anak dia. Kakak ipar saya memang ada seorang anak jadi abang saya jadi instant daddy. Menjana pahala dalam senyap kalau kena gaya sebab Alia ni anak yatim, bapanya meninggal semasa dia 2 bulan dalam kandungan mak dia.



Panglima saya!



Makan-makan di rumah pengantin perempuan, suami isteri dua-dua pun sepupu saya. Menu Gulai Ikan Senangin, Sambal Udang dan Ptai, Ulam dan Sambal Belacan. Ada laksa dan pengat labu yang Pak Tuan ulang bermangkuk-magkuk.



Makan beradab. Kenapa tah kamera saya jadi oren.



Pengantin dengan mak pengantin.



Wahhhhh...abang saya bukan main...



Petangnya katanya nak outing jadi kami bawak pelari pengantin ke Bukit Air. Baru sekali-dua snap gambar si kecik tu dah buat perangai nangis-nangis tak nak lepas mak dia.




Tengok nangis peluk-peluk mak dia beria. Tak selesa mungkin. Janggal kenapa mak dan ayah pakai cantik-cantik dan majlis kenduri bagai. Saya faham perasaan dia. Bukan mudah untuk menerima orang baru dalam hidup kita. Sebenarnya sebulan bertunang si kecik ni dah di ajar supaya panggil ayah kepada angah supaya bila tiba masanya tidaklah janggal.



Bye-bye zaman bujangggg...


Ada satu bahagian lagi saya kumpul semua gambar-gambar majlis di rumah saya pula. Kami tak upah jurugambar khas jadinya ini sahajalah yang ada. Kenduri kampung dengan bajet yang sedikit tentulah perlu potong sana potong sini dan gunalah mana yang ada sahaja.



You Might Also Like

12 ulasan:

  1. tang duit mas kahwin tu memang kelakar. apa pun tahniah akak dapat ipaq perempuan.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya kakak gembira dgn berita ini Aina. Tapi bila baca hingga akhir buat kakak sebaklah pulak. Beruntung perempuan ini (kakak ipar Aina) masih ada yg mahu menjaga dia dan anaknya... dah tertulis semua ni Aina..

    BalasPadam
  3. selamat penganti baru kepada pasangan pengantin, moga diberkati Allah sentiasa.

    BalasPadam
  4. dah tertulis jodoh dier sampai sudah kan ! alhamdulillah dn kita doakan ajelah !

    BalasPadam
  5. Tahniah kat adik Aina... sayang makchaq tak dak kat sana.. kalau dak buleh pi..

    BalasPadam
  6. gitu tersurat jodohnya diumur itu yrk.. semoga berbahagialah hendaknyer....
    memang kelakarlerkan.. tak terfikir...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah.. tahniah buat kedua pasangan..

    BalasPadam
  8. amboiii serba pink gitu...tahniah utk depa!

    BalasPadam
  9. sy pulak yg sedih. yelah selama ni dia tak penah ada ayah...mesti dia rasa takut hilang kasih mak dia kot....

    BalasPadam
  10. Teringat masa I nikah dulu...ex hubby bg mcm tu je duit mas kawen....sabor je la....Alhamdulillah besar pahala nikah ngan ibu tunggal...moga anaknya boleh terima seadanya ayah baru....amin...

    BalasPadam
  11. selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin...pink kaler...i like :)

    BalasPadam